Semua ibu bapa mahukan anak-anak yang soleh dan solehah agar sama-sama boleh ke syurga. Apa yang dilakukan anak pelakon Norman Hakim sesuatu yang sangat menyentuh hati bukan sahaja buat ibu bapanya tetapi juga netizen semua.
Dalam satu post di Instagram, Norman Hakim terjumpa satu nota yang penuh dengan namanya dan juga keluarganya dalam satu muka surat Al-Quran anaknya, Mohamed Danish Hakim,14. Tujuan anaknya menulis nota tersebut dengan tujuan berdoa kepada Allah untuk bersama keluarganya ke syurga.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

