
Penyanyi Shila Amzah berkongsi di laman media sosial Instagramnya bahawa anaknya, Seth Uwais didiagnos autisme tahap satu selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan.
Advertisement
Walaupun begitu, Shila bersyukur dapat mengetahui keadaan sebenar kesihatan Seth.
“Saya sudah menyedari beberapa tanda-tanda awal yang nampak pada Seth iaitu tiada eye contact minimal, suka main seorang diri, suka susun objek seperti kereta, lego dan apa-apa saja yang berwarna serta banyak lagi.
Bagaimanapun, Shila mulakan dengan membeli mainan sama seperti di pusat terapi untuk anaknya sebaik sahaja selesai kes perceraian dengan bekas suami.
“Sejujurnya saya tak kuat nak hadapinya, daripada hantar dia pergi terapi, dengan cara pemulihan mental saya sendiri, saya beli semua sensory toys untuk Seth dan ajar dia.
“Hati saya berdegup kencang, hanya tuhan yang tahu. Oleh itu, saya tahu betapa pentingnya persekitaran untuk anak kita. Apabila keadaan lebih selamat, dia akhirnya bercakap.
Dalam pada itu, Shila juga bersyukur apabila suaminya iaitu pempengaruh Ubai MZ banyak membantu dan mengajar Seth tentang perkara baharu.
Sumber: Astro Awani