Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Tahan Rasa Sakit, Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Buah Pinggang Bengkak

Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee dimasukkan ke hospital akibat buah pinggangnya bengkak dan bakal menjalani pembedahan pada jam 1 petang ini.

tak tahan rasa sakit di pinggang, andi bernadee dimasukkan ke hospital akibat buah pinggang bengkak

Advertisement

Memetik laporan Gempak, Andi tidak dapat menahan sakit pada Sabtu lalu dan terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya sudah lama saya rasa sakit di sekitar perut hingga ke bahagian pinggang, tapi Sabtu lepas ketika berada di sebuah pasar raya di Shah Alam, tiba-tiba rasa sakit sangat.

“Itu yang saya bersama pengurus, Nasir Deraman bergegas ke klinik berhampiran dan telah diberikan suntikan oleh doktor.

tak tahan rasa sakit di pinggang, andi bernadee dimasukkan ke hospital akibat buah pinggang bengkak

“Lepas tu dapatlah bertahan sakit sehinggalah selepas waktu berbuka puasa rasa sakit tu datang balik saya terus pergi hospital dan doktor kata buah pinggang saya sudah bengkak dan perlu menjalani pembedahan segera,” katanya.

tak tahan rasa sakit di pinggang, andi bernadee dimasukkan ke hospital akibat buah pinggang bengkak

Tambahnya, pelantun lagu Kais Pagi Kais Petang itu berkata buah pinggangnya berpunca akibat batu karang dan akan menjalani pembedahan pada jam 1 petang ini.

“Jam 6 pagi tadi doktor buat CT scan dan pada pukul 1 petang ini pembedahan secara laser untuk membuang batu karang akan dilakukan.

“Inilah kali pertama saya dimasukkan ke hospital dan saya harap semua dapat mendoakan semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini