Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kena Buka Sehari Satu Kotak, Andi Bernadee Terima 30 Kotak Hadiah Dari Peminat Misteri

Penyanyi, Andi Bernadee telah menerima 30 buah kotak hadiah dari seorang peminat misteri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29, Ahad lalu.

kena buka sehari satu kotak, andi bernadee terima 30 kotak hadiah dari peminat misteri

Advertisement

Menurut Andi, beliau menyifatkan individu itu seorang yang kreatif dan beperwatakan menarik kerana sanggup membuat hadiah sedemikian untuk dirinya.

Pada awalnya, pengirim hadiah itu memberitahu Andi untuk membuka hadiah berkenaan sejak dari 1 November, sedangkan hari lahirnya adalah pada 30 November.

kena buka sehari satu kotak, andi bernadee terima 30 kotak hadiah dari peminat misteri

“Memandangkan dia salah tarikh dan arahan, saya rasa tak apa kalau buka semua terus,” kata Andi sambil memberitahu isi kandungan hadiah itu berupa kata-kata serta permintaan untuk dilakukannya setiap hari.

Terdahulu, penyanyi ini juga mendapat kecaman dari netizen dek kerana kejutan yang dilakukan rakannya melempar tepung sempena hari lahirnya itu.

Andi bagaimanapun sudah menasihati rakan-rakannya agar tidak membazir sambil berterima kasih kepada semua atas ucapan sempena hari lahirnya tahun ini.

Sumber: Mstar

ERA Muzik Hit Terkini