


Advertisement
Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu viral senusantara ‘Cinta Luar Biasa’, anak kelahiran Pulau Alor, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, penyanyi-penggubah lagu popular yang banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan, Andmesh Kamaleng bakal bertandang ke tanah air pada bulan Jun ini bagi mengadakan
konsert pertamanya di Malaysia anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular,
Kharisma Music.
Kini, Andmesh dan pemuzik dari Indonesia bakal hadir di Malaysia dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya di sini, kata Andmesh dalam nada yang teruja. Setakat ini, segala persiapan menuju konsert sedang dijalankan dan ‘team’ Andmesh memastikan setiap pengunjung konsert merasai pengalaman yang maksimal. Tiket-tiket bakal dijual bermula 30 Mac ini pada jam 2 pm di andmesh.ubertickets.asia.