Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Marvel Bakal Lancar Filem Baru Dengan Penampilan Angelina Jolie

Bintang terkenal Angelina Jolie disahkan akan turut berlakon dalam filem Marvel yang bertajuk 'The Eternals'.

Sementara ramai teruja menantikan kemunculan filem 'Avengers: Endgame' yang akan ditayangkan hujung April ini, berita pengesahan Angelina Jolie menyertai keluarga Marvel Cinematic Universe (MCU) ini turut memberi rasa teruja kepada peminat.

Advertisement

Angelina Jolie akan membawakan watar Sersi dalam filem The Eternals. Sersi merupakan  seorang wanita berkuasa yang telah hidup berabad lamanya dalam kalangan manusia.

angelina jolie akan beraksi dalam filem marvel

Sersi dilahirkan di Olympia, Greece ketika zaman kejatuhan Atlantis dan Lemuria. Dia berbeza dengan rakan-rakan Eternals yang lain kerana Sersi selesa berada di sekeliling manusia.

Dia akhirnya berhijrah meninggalkan bandar tersembunyi 'The Eternals' dan hidup di dalam peradaban manusia.

Selain Angelina Jolie, barisan pelakon dan karakter lain masih belum didedahkan kepada umum.

Filem The Eternals ini akan memulakan pra-produksi pada bulan September tahun ini akan diarahkan oleh Chloe Zhao.

Sumber Astro Gempak.

ERA Muzik Hit Terkini