Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Tampil Mohon Maaf Selepas Fitnah Hamil Anak Aniq Suhair

Baru-baru ini tular di laman TikTok mengenai pendedahan seorang wanita yang mengaku sedang hamil anak kepada selebriti terkenal, Aniq Suhair. Namun dia telah tampil memohon maaf dan mengakui segala tuduhan tersebut sekadar fitnah.

Wanita tersebut menyatakan bahawa tiada niat untuk menjatuhkan reputasi dan kerjaya milik Aniq dan sedar dia tidak sepatutnya berkongsikan perkara yang boleh menimbulkan fitnah ini.

Advertisement

“Tolong jangan tanya soalan lanjut. Saya di sini ingin membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai yang telah saya kongsikan dalam TikTok berkenaan Aniq. Saya tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan reputasi dan kerjayanya. Saya ingin minta maaf pada semua, kepada pihak media dan terutama sekali kepada Aniq Suhair.” tulis wanita itu.

wanita tampil mohon maaf selepas fitnah hamil anak aniq suhair

Semoga yang baik-baik sahaja buat Aniq Suhair.

ERA Muzik Hit Terkini