Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anna Jobling Nafi ‘Anak Emas’ Baim Wong - “Ini Semua Rezeki dan Dia Nampak Potensi Saya….”

anna jobling nafi ‘anak emas’ baim wong - “ini semua rezeki dan dia nampak potensi saya….”Foto: Instagram

Pelakon, Anna Jobling menafikan dakwaan bahawa beliau dilabel sebagai ‘anak emas’ pengarah Baim Wong selepas membintangi filem terbarunya, Sukma.

Advertisement

Anna menegaskan bahawa peluang berlakon dalam filem tersebut adalah hasil daripada usaha dan disiplin diri sendiri, bukannya kerana hubungan istimewa.

Menurut Anna, menjaga disiplin dan bersikap profesional adalah kunci kejayaan. Beliau menekankan pentingnya hadir tepat pada masanya di set penggambaran, memberikan yang terbaik dalam setiap kerja, serta membina hubungan baik dengan kru produksi dan pihak katering.

“Nombor satu adalah disiplin, jangan lambat masuk set penggambaran dan lakukan semua kerja secara profesional. Saya juga sentiasa merendah diri dan menjalin hubungan baik dengan semua orang yang ada di set penggambaran termasuk kru produksi serta pihak katering bagi mewujudkan keselesaan,” ujarnya.

Pelakon berusia 25 tahun itu juga menjelaskan bahawa tawaran filem di Indonesia bukan hanya datang daripada Baim Wong, tetapi juga pengarah lain, termasuk filem Laut Tengah yang ditayangkan tahun lalu.

“Ini semua rezeki dan dia nampak potensi saya. Tak baik cakap macam itu, jahat mulut. Sebenarnya ada filem lain saya berlakon, bukan dengan Baim sahaja seperti Laut Tengah yang ditayangkan tahun lalu,” jelasnya.

Anna menegaskan beliau tidak pernah merayu atau mengambil kesempatan untuk mendapat peluang berlakon. Tambahan pula, beliau berasa selesa bekerja dengan pasukan produksi Baim Wong.

“Tiada istilah ambil kesempatan atau merayu minta diambil berlakon. Tambahan pula saya memang selesa bekerja dengan pasukan produksinya,” tambahnya.

Dengan pendekatan profesional dan kerja keras, Anna membuktikan bahawa kejayaan di pasaran Indonesia adalah hasil usaha sendiri, bukan kerana gelaran ‘anak emas’.

Sumber: HibGlam

ERA Muzik Hit Terkini