Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Annie ALLDAY PROJECT ‘Berehat’ Sementara Demi Tamatkan Pengajian di Universiti Columbia

annie allday project ‘berehat’ sementara demi tamatkan pengajian di universiti columbiaFoto: Instagram

Annie daripada kumpulan ALLDAY PROJECT mengumumkan pengunduran sementara daripada aktiviti kumpulan bagi memberi tumpuan kepada pengajian akademiknya di Universiti Columbia, Amerika Syarikat.

Advertisement

Keputusan itu dibuat selepas universiti berkenaan menetapkan bahawa beliau perlu kembali ke kampus untuk mengikuti semester musim bunga yang bermula Januari ini.

Menurut kenyataan agensi THEBLACKLABEL, Annie akan berada di New York sehingga Mei 2026 bagi melengkapkan baki satu semester terakhir pengajiannya.

Walaupun jadualnya semakin padat menjelang keberangkatan, Annie masih menyelesaikan beberapa komitmen profesional termasuk penggambaran dan sesi fotografi yang telah dijadualkan lebih awal.

Difahamkan, Annie sebelum ini mengambil cuti akademik untuk memberi fokus kepada debut dan promosi bersama ALLDAY PROJECT, namun pihak universiti tidak lagi membenarkan penangguhan pengajian.

Dalam mesej kepada peminat, Annie memaklumkan bahawa pengajian itu merupakan langkah penting yang perlu diselesaikan sebelum beliau kembali aktif sepenuhnya dalam dunia muzik.

Agensi menegaskan bahawa cuti ini tidak menjejaskan status Annie sebagai ahli kumpulan. ALLDAY PROJECT akan meneruskan aktiviti mengikut perancangan, sementara Annie dijangka masih terlibat dalam beberapa program luar negara sekiranya keadaan dan jadual mengizinkan.

Annie, yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Sejarah Seni dan Seni Visual, turut dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berpengaruh dalam dunia korporat Korea Selatan. Walaupun begitu, keputusannya untuk menamatkan pengajian dilihat sebagai usaha peribadi untuk mengimbangi kerjaya seni dan pendidikan.

Ramai peminat menyatakan sokongan terhadap langkah Annie, menyifatkannya sebagai pilihan matang yang menunjukkan komitmen jangka panjang bukan sahaja dalam bidang hiburan, tetapi juga akademik.

Sumber: Tribune

ERA Muzik Hit Terkini