Foto: Instagram
Ahli kumpulan baharu ALLDAY PROJECT, Annie, menjadi perhatian selepas diumumkan sebagai pengacara (MC) baharu untuk acara tahunan Gayo Dajeon 2025, menggantikan YoonA dari Girls’ Generation yang telah memegang peranan itu selama 10 tahun. Annie akan mengendalikan acara berprestij hujung tahun itu bersama Minho daripada kumpulan SHINee.
Advertisement
Namun, pemilihannya sebagai pengacara itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat dan netizen antarabangsa. Ramai mendakwa Annie mendapat peluang itu hasil nepotisme, memandangkan dia ialah seorang ‘chaebol heiress’ yang merupakan pewaris kepada keluarga konglomerat ternama Korea. Bahkan, Annie juga tidak mempunyai sebarang pengalaman sebagai hos sebelum ini.
No hate to Annie, but if you want to find someone who can succeed the 10th year legacy by Im Yoona, at least choose someone who is atleast 2-3 years in the industry who already give some impact who really deserve it 😭. This is pure nepotism 😤
— lia (@MeiLimChia) October 21, 2025
“Dia tak pernah jadi MC langsung, tiba-tiba terus dilantik kendalikan pentas besar untuk acara hujung tahun. Cuba bagi alasan selain nepotisme, sebab memang tak masuk akal,” tulis seorang pengguna media sosial di platform X (Twitter).
Ramai juga berpendapat tanggungjawab besar seperti itu biasanya diberikan kepada artis senior yang berpengalaman, bukan pendatang baharu. Keputusan itu dianggap sebagai satu bentuk ‘power play’ dalam industri hiburan Korea yang sering dikaitkan dengan pengaruh keluarga dan korporat besar.
Literally always proving that her family runs Korea and nothing ADP achieves will ever be rightfully earned cause her 100% bought it https://t.co/A0u3g1MK7q
— Jessica (@DefendRex) October 21, 2025
Kontroversi ini turut muncul selepas keputusan penganjur MAMA Awards 2025 untuk tidak lagi memisahkan kategori Artis Baharu Terbaik kepada lelaki dan wanita seperti tahun-tahun sebelumnya.
Ramai peminat berpendapat perubahan itu dilakukan bagi memberi kelebihan kepada ALLDAY PROJECT, yang merupakan kumpulan campuran lelaki dan perempuan.
Walaupun berdepan dakwaan nepotisme, penyokong Annie tetap mempertahankan idola tersebut, menyatakan bahawa dia menunjukkan bakat dan dedikasi tersendiri dalam bidang seni
“Dia cuma buat kerja sebagai idol, bukan salah dia orang lain yang iri,” kata seorang peminat di forum dalam talian.
Buat masa ini, pihak produksi Gayo Dajeon belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kontroversi tersebut.
Sumber: Koreaboo