Foto: Gempak
Penyanyi Anuar Zain meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pengebumian bapanya berjalan lancar dan dipermudahkan.
Advertisement
"Alhamdulillah, urusan abah semuanya berjalan dengan baik dan selesai dalam tempoh kurang lima jam. Kata orang, kalau segala urusan dipermudahkan, itu tandanya dia seorang yang disayangi," katanya.
Anuar berkata demikian ketika ditemui selepas selesai pengebumian bapanya di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, Selangor.
Beliau turut mendedahkan bahawa arwah bapanya telah disahkan menghidap kanser prostat sejak Disember tahun lalu, dan penyakit itu telah merebak ke bahagian lain.
“Arwah sebenarnya menghidap kanser prostat dan ia sudah merebak. Sebelum ini, beliau ada menerima rawatan. Tapi pagi semalam, arwah mengalami cirit-birit.
“Tapi saya boleh katakan, pemergian arwah adalah pada waktunya. Kami sekeluarga terima takdir ini dengan reda,” ujarnya.
Terdahulu, Allahyarham Zain Abdullah meninggal dunia di kediaman keluarga di Subang Permai, Selangor sekitar jam 2.50 petang. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Sumber: Gempak