Baru-baru ni Anzalna Nasir ada memuat naik hasil lukisannya di Instagram yang membuatkan ramai orang terpegun. Tak sangka Anzalna rupanya ada bakat melukis.
Tapi dalam pada excited berkongsi dengan peminat hobi barunya itu, ada pula seorang netizen yang mendakwa dia pernah nampak lukisan seperti itu sebelum ini. Komennya itu seolah mengatakan Anzalna hanya memuat naik lukisan orang lain dan bukan lukisannya sendiri.
Advertisement
Bengang dengan komen yang menjatuhkan seperti itu, Anzalna membuat sreencapture dan memuat naik komen tersebut di IG nya. Anzalna menawarkan hadiah sekiranya gadis tersebut boleh buktikan yang lukisan Anzalna adalah lukisan orang lain.
Sumber: Instagram @anzalnanasir88