Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Apa Dengan Hemoglobin? Rahsia Kehidupan dalam Setitis Darah

ada apa dengan hemoglobin? rahsia kehidupan dalam setitis darah

Foto: healthline.com

Advertisement

Pernahkah anda terfikir, apa yang membuatkan darah kita begitu berharga hingga satu beg darah mampu menyelamatkan nyawa? Rahsianya terletak pada satu komponen penting iaitu hemoglobin.

Hemoglobin ialah sejenis protein berwarna merah yang terdapat dalam sel darah merah. Fungsinya sangat hebat kerana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh dan mengangkut semula karbon dioksida untuk dibuang keluar melalui pernafasan.

Bayangkan hemoglobin seperti teksi kecil yang sentiasa bergerak di lebuh raya salur darah kita, memastikan setiap sel dalam badan mendapat ‘penumpang’ penting, iaitu oksigen.

Apa pula kaitannya dengan derma darah?

ada apa dengan hemoglobin? rahsia kehidupan dalam setitis darah

Foto: KKM

❤️ Kenapa pentingnya derma darah? Ini kerana setiap hari, hospital memerlukan bekalan darah untuk pesakit yang mengalami pendarahan akibat kemalangan, ibu melahirkan yang kehilangan banyak darah, pesakit talasemia atau kanser yang perlu transfusi berkala dan untuk mereka yang menjalani pembedahan besar.

Satu derma darah (kira-kira 450ml) mampu membantu sehingga tiga nyawa. Ini kerana darah yang didermakan akan diproses menjadi beberapa komponen: sel darah merah (yang mengandungi hemoglobin), plasma, dan platelet. Setiap masing-masing digunakan untuk kegunaan berbeza.

 🩸 Derma darah & tahap hemoglobin

Sebelum menderma, tahap hemoglobin penderma akan diperiksa. Ini kerana hemoglobin yang terlalu rendah boleh menyebabkan penderma pening atau lemah selepas menderma.

ada apa dengan hemoglobin? rahsia kehidupan dalam setitis darah

Foto: healthline.com

Jadi, kalau tak lepas saringan, jangan kecewa! Ia sebenarnya langkah keselamatan untuk kesihatan kita juga.

🍎 Cara naikkan hemoglobin secara semula jadi

✅ Makan makanan kaya zat besi seperti hati, daging merah, bayam dan kekacang.

✅ Ambil vitamin C (contohnya buah oren) bersama makanan tersebut untuk bantu penyerapan zat besi.

✅ Elakkan minum teh atau kopi sejurus selepas makan kerana boleh mengurangkan penyerapan zat besi.

Hemoglobin bukan sekadar ‘warna merah’ dalam darah, tapi wira yang membolehkan tubuh kita hidup sihat dan bertenaga. Dengan itu, apabila kita menderma darah, kita sendiri boleh menjadi wira yang menyelamatkan nyawa orang lain.

Sumber: healthline.com

ERA Muzik Hit Terkini