Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jack Dorsey Hidupkan Semula Vine! diVine Bakal Jadi Musuh Baru TikTok?

jack dorsey hidupkan semula vine! divine bakal jadi musuh baru tiktok?

Dunia media sosial kembali berdebar apabila platform legenda Vine, aplikasi yang suatu ketika dahulu melahirkan ikon internet dan trend global kini dihidupkan semula dengan nama baharu, diVine. Lebih menarik, projek kebangkitan ini turut mendapat sokongan dana daripada bekas CEO Twitter, Jack Dorsey, menjadikannya antara ‘comeback’ paling dinanti tahun ini.

Advertisement

diVine bukan sekadar rekaan semula, tetapi sebuah usaha membawa kembali roh asal Vine yang kandungannya merupakan video pendek, pantas dan kreatif. Kandungan spontan tanpa penapis serta dipenuhi humor ringkas yang mampu tular dalam beberapa saat.

Aplikasi baharu ini mengumumkan bahawa ia akan memuatkan lebih 10,000 Vine klasik daripada arkib asal termasuk Vine yang pernah menjadi fenomena internet.

Dengan kata lain, pengguna bukan sahaja dapat mencipta video baharu, tetapi juga mengimbau semula detik-detik viral yang pernah menguasai dunia internet.

Dalam era di mana hampir setiap platform dibanjiri kandungan AI, diVine memilih jalan berbeza iaitu tiada video berasaskan AI dan 100% rakaman manusia, idea manusia, dengan sentuhan kreativiti manusia. Pendekatan ini dianggap langkah penting untuk mengekalkan identiti Vine sebagai tempat idea spontan lahir bukan hasil algoritma.

jack dorsey hidupkan semula vine! divine bakal jadi musuh baru tiktok?

 Vine pernah mencipta trend global dan melahirkan bintang besar seperti Shawn Mendes, King Bach, Lele Pons dan banyak lagi. Dengan format 6 saat yang unik semestinya ia amat ringkas, padat dan mencabar kreativiti. Ia juga dijangka menjadi alternatif segar kepada TikTok & Reels yang dikatakan ramai pengguna sudah letih dengan kandungan panjang dan seragam. diVine datang dengan janji untuk kembali kepada kesederhanaan dan kreativiti organik.

jack dorsey hidupkan semula vine! divine bakal jadi musuh baru tiktok?

Sokongan Jack Dorsey memberi isyarat bahawa platform ini bakal mendapat visi teknologi yang matang dan rangka kerja pembangunan yang kukuh. Ramai penganalisis melihat ini sebagai peluang besar untuk diVine kembali bersaing dalam pasaran aplikasi video pendek.

Adakah diVine akan kembali memegang takhta fenomena global? Masa akan menentukan. Namun satu perkara pasti, internet bakal kembali hidup dengan “chaos” yang kita semua pernah rindukan.

Sumber: X ( @PopBase)

 

ERA Muzik Hit Terkini