Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Tak Tahu Macam Mana Boleh Dijangkiti, Aprena Manrose Positif COVID-19

Beliau disahkan positif COVID-19 selepas dua kali menjalani ujian swab di rumahnya.
Editor
24 Jan 2021, 06:38 AM

Pelakon, Aprena Manrose mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan minggu lalu.

tak tahu macam mana boleh dijangkiti, aprena manrose positif covid-19

Menurut pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, beliau disahkan positif COVID-19 selepas dua kali menjalani ujian swab di rumahnya.

tak tahu macam mana boleh dijangkiti, aprena manrose positif covid-19

"Saya buat ujian Rapid Test Kit (RTK) pada 17 Januari lalu. Ketika itu hasil ujian memang sudah positif, tapi untuk kepastian saya buat sekali lagi ujian PCR dan hasil ujian yang keluar pada 19 Januari juga positif.

"Pesakit Covid-19 bukan penjenayah. Kalau anda rasa ada gejala, tampilkan diri untuk buat ujian saringan atau kuarantin di rumah selama 10 hari. Jika tidak, mungkin anda boleh sebarkan lagi virus ini. Kita lawan bersama-sama. Insya Allah.

"Kepada semua yang senasib dengan saya, tenang dan sentiasa berfikiran positif. Seperti yang kita tahu, kes semakin meningkat. Keberangkalian untuk kita dijangkiti sangat tinggi. Kepada rakyat Malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Beliau juga berkata tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti wabak itu, namun merasa tidak sedap badan dan terus melakukan ujian saringan.

"Ramai yang nak tahu keputusan saya buat ujian swab tempoh hari. Saya memang penakut, tapi lagi takut apabila tahu hasil ujian itu positif. Saya pun tak tahu macam mana boleh kena tapi kronologinya saya akan cerita di Instagram Story.

"Selepas beberapa hari rasa tak sedap badan, saya tahu Emma (Emma Maembong) ada buat ujian saringan di rumah dan terus minta nombor daripadanya. Terima kasih Emma dan klinik berkenaan atas perkhidmatan yang bagus. Keesokan harinya saya terus buat ujian saringan di rumah saya dan agak terkejut apabila tahu diri ini positif.

"Tapi selepas mendengar nasihat doktor dari klinik itu, saya rasa nak kongsikan cerita ini pada semua," katanya.

Sumber: Instagram Aprena Manrose

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}