Ara Johari, penyanyi kelahiran dari program realiti popular terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia musim ke-13 pada tahun 2016. Lagu ‘Bunga’ menjadi titik permulaan buat dirinya berkembang dalam industri seni dimana dinobatkan sebagai Naib Juara di Anugerah Juara Lagu.

Hampir setahun tidak mengeluarkan buah tangan buat para peminat, namun lagu terbaharunya berjudul ‘SUDAH’ ini menjadi lagu comeback buat peminat.
Advertisement
Hasil ciptaan komposer terkenal Hang Nadim serta Laq dan liriknya ditulis oleh Bulan Penuh, lagu ini akan menjadi siulan baru di corong radio.
‘Sudah’ merupakan single bergenre balada rock dengan vibe lagu-lagu di era 90-an yang hits, sama seperti single Bunga yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Lagu ‘Sudah’ ini boleh di strim di semua platform digital dan lirik video boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.