Sejak kebelakangan ini, banyak makanan yang berasaskan pedas mula viral dipasaran misalnya mi segera. Namun, bagaimana agaknya rasa jika mi segera dicampurkan bersama durian?
Dipetik daripada laman Instagram Ara Johari, beliau dilihat menyahut cabaran daripada @cikidot_channel untuk memakan mi segera pedas yang digaulkan bersama durian.
Advertisement


Ara dilihat tidak sanggup untuk meneruskan cabaran ini kerana mempunyai masalah gastrik. Pihak @cikidot_channel juga telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kerana insiden ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat mengecam tindakan Ara yang sanggup menyahut cabaran itu walaupun tahu ia membahayakan kesihatannya.


