Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ardell Aryana Buka Pusat Laser Bulu, ''Tak Salah Buang Jika Ia Memudaratkan..''

Pelakon, Ardell Aryana telah melebarkan bidangnya dengan membuka pusat laser bulu bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng.

ardell aryana buka pusat laser bulu,

Menurut Astro Awani, Ardell menyatakan ini merupakan cawangannya yang ketiga selepas di Subang Jaya dan Midvalley.

Advertisement

Ardell berkata, perkongsian pemikiran bersama sepupunya itu sudah terjalin sekilan lama dan melihat bagaimana cara orang Cina berniaga sebagai inspirasi.

“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini.
 
“Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini. Ia merupakan cawangan ketiga yang dibuka di Publika, Solaris Duta Hartamas selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley,”
kata Ardell.

ardell aryana buka pusat laser bulu,

Ardell juga menambah, sebagai seorang wanita beragama Islam, kebersihan diri adalah satu keutamaan dan perlu dijaga oleh semua.

“Pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.
 
“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan. Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.

“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat.

"Kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami. Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,”
katanya lagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini