Pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa meminta orang ramai mendoakan isterinya, Ardell Aryana yang kini menyertai Misi Bantuan Kecemasan ke Sabah.

Ardell telah berlepas ke Tawau pagi tadi, bersama dua orang lagi sukarelawan.
Advertisement
“Assalamualaikum semua, nak minta kalian doakan isteri saya selamat pergi dan selamat pulang. Semoga ALLAH SWT sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah.
“Doa saya sentiasa mengiringimu. Semoga Allah redha dengan niat perjuanganmu,” tulisnya di Instagram.
Video yang dikongsikan menunjukkan Ardell memeluk anak sulung mereka, Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia lima bulan.
Ardell menerusi Instagramnya juga berharap dapat menahan kerinduan berpisah dengan anaknya buat sementara waktu sementara menyalurkan bantuan makanan dan keperluan pada rakyat terjejas di Sabah.
“Kuatkan hatiku untuk berjauhan seketika dengan anak dan keluargaku buat seketika waktu
“Tiada seorang wanita atau ibu yang sanggup berjauhan dari suami, anak dan keluarganys. Percayalah akan rasa teramat rindu. Itu pasti, begitulah rasa sebagai seorang ibu yang berjauhan dari anak kecilnya
“Tetapi dengan rindu sahaja tidak mampu mengenyangkan perut warga emas yang kelaparan akibat kesukaran ketika bumi di uji dengan Covid-19, keluarga yang tiada sumber makanan kelaparan dan anak-anak kecil yang masih menyusu menangis kerana ketiadaan susu.
“Sedang anakku kekenyangan tersenyum serta tidur lena, sedang keluargaku kekenyangan,” tulisnya.
Semoga dipermudahkan segala urusan buat Ardell dan mereka di Sabah!
Sumber: Instagram