Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ari Lasso Cerita Pengalaman Buat Konsert Depan 15000 Jin

ari lasso cerita pengalaman buat konsert depan 15000 jin

Baru-baru ini tular kisah penyanyi Indonesia Ari Lasso tentang pengalaman mistiknya membuat persembahan di depan jin. Kejadian itu berlaku dalam sebuah konsert di sebuah bandar di Indonesia pada tahun 2005. Ari Lasso menceritakan pengalaman mistik itu di laman YouTube Raditya Dika malah kisah ini juga turut tular di Tik Tok.

Advertisement

Ari Lasso bersama bandnya ketika itu diberitahu agar tidak menghiraukan apa-apa kejadian aneh yang berlaku. Ari juga dapat melihat beberapa individu yang menari mengikut alunan lagu yang tidak sepatutnya. Malah kejadian bertambah pelik apabila 15,000 penonton di dalam stadium itu tidak kelihatan di perkarangan stadium selepas habis persembahan.

"Stadium hanya ada satu pintu yang digunakan penonton dan anggota band untuk keluar masuk. Ketika saya turun ke kereta stadium itu lengang.

"Ada orang tapi tak sama keadaan ketika saya buat persembahan. Saya rasa hebat penonton kota ini, keluar satu pintu dengan cepat dan beratur.

"Di luar stadium sepi dan keadaannya tak masuk akal. Saya juga dinasihatkan untuk tidak memikirkan perkara itu," katanya.

Ari Lasso dan band nya dinasihatkan agar tidak mandi di hotel penginapan selepas pulang dari konsert tersebut tetapi pengurus dan krunya melanggar pantang larang tersebut sehingga ditimpa nasib malang.

"Pengurus saya mandi apabila sampai di hotel dan salah seorang kru produksi yang keluar dari hotel lima minit kemudian mengalami kemalangan dan patah tangan. Saya dapat rasa sesuatu tidak kena," katanya.

Netizen membuat spekulasi menyatakan kejadian itu mungkin berlaku di Kota Baru, Kalimantan. Kawasan itu dipercayai masyarakat sebagai kota jin.

 

Sumber: Harian Metro

ERA Muzik Hit Terkini