Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Arif Aiman Cipta Sejarah: Pemain Malaysia Pertama Tersenarai Calon Pemain Terbaik AFC!

arif aiman cipta sejarah: pemain malaysia pertama tersenarai calon pemain terbaik afc!

Foto: BERNAMA

Advertisement

Nama Arif Aiman Mond Hanapi kini menjadi sebutan hangat dunia bola sepak Asia apabila bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tersenarai antara tiga calon utama Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Lebih manis, pemain sayap kebangsaan berusia 23 tahun itu mencatat sejarah sebagai pemain Malaysia pertama yang pernah dicalonkan bagi anugerah paling berprestij bola sepak Asia tersebut.

Arif Aiman akan bersaing dengan dua nama besar benua ini, Akram Afif dari Qatar, yang merangkul Kasut Emas di Piala Asia 2023, serta penyerang sensasi kelab Al-Hilal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi.

arif aiman cipta sejarah: pemain malaysia pertama tersenarai calon pemain terbaik afc!

Calon ini bukan calang-calang. Kedua-duanya memiliki reputasi antarabangsa, namun kehadiran Arif dalam senarai akhir membuktikan bakat anak tempatan kini mula mendapat pengiktirafan di peringkat tertinggi.

Musim lalu, Arif Aiman menjadi watak utama dalam treble bersejarah JDT, membantu pasukan itu menjulang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

arif aiman cipta sejarah: pemain malaysia pertama tersenarai calon pemain terbaik afc!

Foto: JDT Official

Lebih mengagumkan, aksinya di pentas Asia turut mencuri perhatian apabila menyumbang lima gol dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang membawa JDT mara ke pusingan 16 terbaik.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan AFC? Jawapannya akan terungkai pada 16 Oktober ini dalam majlis gilang-gemilang Anugerah Tahunan AFC 2025 di Riyadh, Arab Saudi.

Apa pun keputusan, pencalonan ini sudah cukup untuk mengangkat nama Malaysia di mata dunia bola sepak. Arif Aiman bukan sahaja menjadi inspirasi generasi muda, malah membuktikan bahawa pemain dari negara kita mampu berdiri sama tinggi dengan bintang Asia yang lain.

Sumber: BERNAMA

ERA Muzik Hit Terkini