Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Tergamam, Arnab Misteri Muncul Dengan Tanduk dan Sesungut Hitam Macam Dalam Filem Seram!

penduduk tergamam, arnab misteri muncul dengan tanduk dan sesungut hitam macam dalam filem seram!

Foto: Colorado Parks & Wildlife

Advertisement

Penduduk Fort Collins, Colorado gempar apabila ternampak arnab liar dengan pertumbuhan pelik umpama sesungut hitam yang tumbuh di bahagian muka dan mulut. Ia kelihatan bak raksasa kecil yang selalu dimomokkan seperti dalam filem seram! 

Pakar dari Colorado Parks and Wildlife telah mengesahkan kes ini dan mengatakan bahawa arnab tersebut jadi begitu disebabkan oleh virus Shope papilloma. 

penduduk tergamam, arnab misteri muncul dengan tanduk dan sesungut hitam macam dalam filem seram!

Foto: Sciencedirect.com

Ia merupakan virus yang jarang dijumpai dan membuatkan tumor keras tumbuh seperti tanduk atau duri, lebih mengerikan ia turut mampu menghalang arnab yang dijangkiti untuk makan atau melihat. Anehnya, virus ini pernah ditemui pada tahun 1933 dan apabila saintis melakukan siasatan, sepertinya  inilah “arnab bertanduk” yang dulu dianggap mitos.

penduduk tergamam, arnab misteri muncul dengan tanduk dan sesungut hitam macam dalam filem seram!

Namun begitu, jangan risau kerana virus ini tidak berbahaya pada manusia atau haiwan peliharaan, tetapi ia hanya berjangkit antara arnab. Pihak berkuasa hanya berpesan agar tidak menyentuh atau mencuba untuk selamatkan arnab yang dijangkiti, sebaliknya laporkan terus kepada mereka jika ternampak.

Buat masa ini, tiada penawar lagi ditemukan untuk merawat virus ini dan arnab biasanya terus hidup dengan ‘tanduk’ pelik tersebut. Apa pun, pemandangan ini bukti alam semula jadi memang penuh kejutan dan kadangkala lebih pelik daripada yang direka dalam filem sains fiksyen!

Sumber: Colorado Parks and Wildlife

ERA Muzik Hit Terkini