
Siapa yang tak sedih apabila hubungan yang diharapkan berpanjangan tetapi putus di tengah jalan. Penyanyi Sufian Suhaimi menerusi insta stories banyak berkongsi kata-kata semangat yang diberikan rakan artis selepas berita mengenai putus tunang tersebar.
Advertisement
Beberapa hari yang lalu Sufian ada berkongsi luahan hatinya yang sedih melepaskan seseorang yang disayang pergi. Semalam, mak kepada Elfira Loy mengesahkan mengenai berita pertunangan tersebut telah berakhir.
Ramai rakan artis yang memberi kata semangat kepada Sufian antaranya Haqiem Rusli, Heliza Helmi, Sharnaaz Ahmad dan ramai lagi.







