Penyanyi yang popular dengan lagu Senyum ni rupanya ada hobi suka stalk pengikutnya di media sosial.
Menurut As'ad Motawh, dia berharap pengikutnya tidak mengaktifkan mod privasi supaya dia juga dapat melihat siapakah peminatnya.
I actually like stalking people who follow me 😂 so please don’t make your account private. it annoys me HAHAHA
— Asadmotawh (@Asadmotawhh) August 15, 2018
Advertisement
As'ad yang mempunyai pengikut sebanyak 16,000 di akaun Twitter, rata-rata membalas twitnya itu dengan mencadangkan agar As'ad meninggalkan jejak sebagai tanda dia sudah 'stalk' di akaun peminat.
Selepas pendedahan tersebut dibuat menerusi akaun Twitternya, di Instagram pula ramai yang menghujani ruang komen memberItahu kepada As'ad mereka sudah mematikan mod privasi berkenaan.
Sumber: Astro Awani