Penyanyi, Asad Motawh kini kembali dengan single terbarunya yang bertajuk ‘Selamanya’, yang dikatakan kisah benar tentang pengalaman hidup Asad.

Namun begitu, salah satu babak yang menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat ialah babak Asad yang digambarkan menghamilkan seorang wanita yang dianggap kekasih dalam muzik video ini.
Advertisement


Ekoran daripada tanggapan netizen itu, ibu kepada penyanyi berusia 18 tahun ini, Dato’ Yustita J Al-Djabbar akhirnya membuka mulut tentang isu tersebut.
“Selamanya mengisahkan tentang pengalaman As’ad yang pernah melalui “kemurungan” akibat dikecam hebat oleh haters. Skrip cerita di dalam MV Selamanya telah diubahsuai untuk menjadikan ia kelihatan lebih dramatik dan mendebarkan. Kepada Asadious yang DM Aunty, betul kah As’ad hamilkan girlfriend nya ?? Jawapannya, belum pernah & inshaAllah tidak pernah! Itu hanyalah cerita di dalam MV sahaja begitu juga dengan adegan di mana Aunty terlantar sakit dan As’ad kelihatan seperti seorang yang sudah hilang akal menyusun banyak gelas yang berisi air. Semoga penjelasan ini mencerahkan persepsi / prasangka semua.”
Sehingga hari ini, muzik video Selamanya telah mencecah 236 ribu jumlah tontonan di Youtube.