Baru-baru ini, Haqiem Rusli dalam satu posting di laman Instagramnya menyatakan bahawa beliau mungkin akan berhenti menyanyi dan berehat dari semua laman sosialnya.
Baca: Alami Tekanan, Haqiem Rusli Berehat Dari Sosial Media, Mungkin Berhenti Jadi Penyanyi
Advertisement
Terkesan akibat depression sejak awal tahun lalu, keputusan beliau ini turut mendapat perhatian ahli keluarga dan juga pihak pengurusan FMC, serta rakan dalam industri.
As’ad Motawh, yang juga antara rakan seperjuangan beliau turut memuatnaik tweet dilaman Twitter beliau bahawa beliau mungkin akan berhenti menyanyi jika Haqiem Rusli nekad untuk berhenti.

Mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada netizen, As’ad turut menambah bahawa beliau mahu peminat untuk menghargai bakatnya, bukan sekadar rupa paras sahaja.

Tambah As’ad lagi, keputusannya itu juga belum lagi muktamad.

Sumber: Twitter @Asadmotawhh
