
Hujung minggu lalu jadi lebih bermakna apabila Hello Putrajaya berjaya menceriakan suasana di IOI City Mall Putrajaya dengan kehadiran ribuan pengunjung. Dianjurkan menerusi inisiatif Home of Live, acara ini membuktikan usaha Astro membawa hiburan keluar daripada skrin terus ke hadapan peminat semakin mendapat sambutan hangat.
Advertisement
Bukan setakat meriah di lokasi, impak Hello Putrajaya turut terasa di alam digital apabila acara ini merekodkan 2.43 juta tontonan di TikTok, melepasi sasaran asal 2 juta tontonan. Kehadiran fizikal pula mencecah lebih 4,000 orang, dua kali ganda daripada jangkaan awal dan ia merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan!
Hello Putrajaya menjadi ruang istimewa buat peminat bertemu lebih dekat dengan selebriti kegemaran daripada rancangan popular Astro seperti Gegar Vaganza 12, Astro Star Quest, Aattam dan banyak lagi. Persembahan bertenaga, sesi temu mesra serta pelbagai aktiviti interaktif menjadikan acara ini penuh dengan gelak tawa dan kenangan manis.

Menurut Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Kanan Naib Presiden, Pemasaran Kandungan Astro,
“Hello Putrajaya adalah sebahagian daripada perjalanan kami menuju Konsert Countdown KITA 2026. Melalui Home of Live, kami mahu terus membawa pengalaman hiburan yang lebih autentik dan bermakna, sambil menghubungkan peminat dengan bakat tempatan.”
Sepanjang acara berlangsung, pengunjung turut disajikan dengan persembahan muzik secara langsung, perkongsian cerita belakang tabir, sesi temu ramah artis dan peluang berinteraksi dengan bakat-bakat baharu yang semakin mencuri perhatian. Jelas sekali, Hello Putrajaya bukan sekadar acara hiburan, tetapi platform yang menyatukan komuniti melalui minat yang sama.
Bagi yang terlepas kemeriahan ini, jangan risau! Anda masih boleh menikmati pelbagai program, persembahan dan kandungan eksklusif Astro secara langsung atau On Demand di Astro, Astro GO dan sooka.