Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Umur Tak Penting, Atikah Suhaime Cari Lelaki Kelakar Dan Buncit

Nur Atikah Mohd Suhaime, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Atikah Suhaime, merupakan salah seorang pelakon wanita kelahiran Singapura yang cukup aktif berlakon di negara ini.

umur tak penting, atikah suhaime cari lelaki kelakar dan buncit

Beliau yang sebelum ini pernah putus tunang dengan seorang penyanyi, kembali aktif di laman sosial, lakonan dan modelling.

Advertisement

Dipetik daripada laman Media Hiburan, Atikah Suhaime mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya.

umur tak penting, atikah suhaime cari lelaki kelakar dan buncit

“Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang.

“Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun, namun perangai kebudak-budakan.

“Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang buncit”, kata Atikah sambil ketawa.

ERA Muzik Hit Terkini