Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ayah Bersyukur Zahirah Macwilson, Aiman Dan Baby Isaac Selamat Pulang Ke Malaysia!

Pelakon veteran, Zainol Macwilson berkongsi bahawa anak perempuannya, Zahirah Macwilson bersama menantunya, Aiman Hakim Ridza dan cucunya, Isaac Raees selamat tiba di Malaysia beberapa hari lalu.

ayah bersyukur zahirah macwilson, aiman dan baby isaac selamat pulang ke malaysia!

Advertisement

Selepas lebih lima bulan Zahirah sekeluarga berada di Perth, Australia, ayah kepada pelakon jelita itu turut menzahirkan rasa syukur atas kepulangan mereka ke Malaysia.

“Alhamdulillah, anak, menantu dan cucu saya dah selamat pulang ke Malaysia, amin!

“Ribuan terima kasih kepada semua peminat-peminat Zahirah, Aiman, Mr Dimple (cucu saya) dan juga para peminat saya, di atas doa serta ucapan yang ikhlas dari semua,” katanya.

Berita gembira itu dikongsikan olehnya di akaun Instagram miliknya.

Namun, meninjau akaun Instagram pasangan tersebut, masing-masing tidak mengemas kini apa pun di entri atau Instagram Story.

ayah bersyukur zahirah macwilson, aiman dan baby isaac selamat pulang ke malaysia!

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Isaac Raees di Perth pada 5 Januari lalu.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini