Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dengan Sekali Lafaz, Ayda Jebat Kini Sah Isteri Nabil Mahir

Penyanyi, Ayda Jebat kini sah menjadi isteri kepada pengacara Nabil Mahir selepas disatukan dalam majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail hari ini.

dengan sekali lafaz, ayda jebat kini sah isteri nabil mahir

Advertisement

Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, menyempurnakan kabul dengan sekali lafaz yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 petang.

dengan sekali lafaz, ayda jebat kini sah isteri nabil mahir

Pernikahan itu juga disaksikan oleh bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.

Pengantin lelaki juga telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Dalam pada itu, Ayda juga telah meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan dengan lancar, meskipun mengikut norma baharu ekoran daripada pandemik COVID-19 ketika ini.

Tahniah Ayda dan Nabil!

Sumber: Astro Awani

Foto: Instagram Ayda Jebat 

ERA Muzik Hit Terkini