Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ayda Jebat Bakal Beraksi Pada Ketinggian 38,000 Kaki Di Udara

Penyanyi dan juga pelakon, Ayda Jebat dilaporkan bakal mencatatkan sejarah dan rekod tersendiri apabila beliau bakal beraksi pada ketinggian 38,000 kaki di udara.

ayda jebat bakal beraksi pada ketinggian 38,000 kaki di udara

Advertisement

Dipetik daripada Gempak, penyanyi berusia 27 tahun ini bakal beraksi sedemikian sempena dengan penganjuran Minggu Muzik Malaysia 2019 (MMM2019).

Ayda dijangka beraksi menerusi penerbangan AirAsia dari KLIA2 menuju ke Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Ogos nanti.

"Peluang ini membuatkan saya rasa sangat teruja. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana mempercayai bakat saya dan saya sendiri rasa tak sabar untuk menghiburkan peminat dan penumpang di hari persembahan kelak.


"Pastinya, ia akan menjadi satu pengalaman yang berbeza dan tidak akan saya lupakan... Maklumlah, saya bakal menyanyi di ketinggian 38,000 kaki di aras laut," kata Ayda.

ayda jebat bakal beraksi pada ketinggian 38,000 kaki di udara

Persembahan ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai persembahan muzik secara langsung di paras tertinggi.

Sumber: Gempak

ayda jebat bakal beraksi pada ketinggian 38,000 kaki di udara

ERA Muzik Hit Terkini