Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ayda Jebat Nafi Dakwaan Tinggal Serumah Dengan Tunang, ‘‘Saya Datang Sebab Boleh Belajar Solat Jemaah ..’’

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menjawab dakwaan peminat kononnya beliau tinggal serumah bersama tunangnya, Nabil Mahir.

ayda jebat nafi dakwaan tinggal serumah dengan tunang, ‘‘saya datang sebab boleh belajar solat jemaah ..’’

Advertisement

Menurut pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 28, tujuan beliau berada dirumah Nabil adalah bagi berbincang hal perkahwinan mereka bersama ahli keluarga.

“Meeting (mesyuarat) untuk wedding (perkahwinan) dan kerja dekat rumah dia. Ada mak, ayah, nenek, kakak, abang, orang gaji dan ramai lagi. Nak keluar pun nak ke mana?

“Saya tidak pernah tidur rumah bakal mentua. Saya suka datang sebab boleh belajar solat jemaah dan lain-lain. Belajar apa yang tidak pandai. Saya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur. Jadi keluarga dia, keluarga saya juga,” tambahnya.

ayda jebat nafi dakwaan tinggal serumah dengan tunang, ‘‘saya datang sebab boleh belajar solat jemaah ..’’

Spekulasi mula timbul selepas mereka sering dilihat melakukan aktiviti bersama, seperti yang dikongsikan menerusi laman Instagram mereka.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir) on

Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengikat tali pertunangannya pada 28 April lalu dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

majlis secara online, ayda jebat kini selamat jadi tunang nabil mahir

Sumber: Kosmo!

ERA Muzik Hit Terkini