Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, kini dilihat tampil dengan imej terbaru berambut pendek.

Advertisement
Gaya terbaru Ayda ini nyata menarik perhatian ramai yang dilihat seakan-akan lelaki.

Menerusi video terbaru Ayda, beliau difahamkan menggayakan rambut sedemikian adalah bagi menjayakan watak dalam sebuah drama. Ini juga pengalaman pertama kali Ayda menggunakan wax sebagai perapi rambutnya yang sudah pendek.



Rata-rata peminat memberikan reaksi positif terhadap penampilan terbaru Ayda, malah memujinya tetap cantik dan kacak walaupun berambut pendek.
Sumber: Ayda Jebat