Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sah! Ayda Jebat Hamil Empat Bulan, Nabil Mahir Teruja

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat membuat kejutan kepada suaminya Nabil Mahir tentang kehamilannya.

sah! ayda jebat hamil empat bulan, nabil mahir teruja

Advertisement

Menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya, Ayda menunjukkan alat ujian kehamilan kepada suaminya yang  tertera keputusan positif.

Nabil yang terkejut dengan pengumuman itu amat teruja lalu terus memeluk isterinya yang sedang hamil empat bulan itu.

sah! ayda jebat hamil empat bulan, nabil mahir teruja

Khabar gembira itu dikongsi Ayda kepada para peminatnya dan mereka memohon doa semua agar kandungannya sihat dan proses kehamilannya berjalan lancar.

“Assalamualaikum, Bismillah. Insya-Allah our junior is coming. Doakan yang indah indah buat kami,” kata Ayda di laman sosialnya.

sah! ayda jebat hamil empat bulan, nabil mahir teruja

Pelantun lagu Parah Parah itu dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya itu pada Oktober depan.

Terdahulu, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Semoga semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan kedua-dua pasangan ini.

Tahniah!

Sumber: Instagram Ayda Jebat

ERA Muzik Hit Terkini