Skip to main content

Advertisement

Hiburan

3 PAGI ERA Belanja Wartawan Dan Pegawai Polis Yang Bertugas Makan Di Depan Istana Negara.

Susulan penentuan Perdana Menteri ke-10, 3 Pagi ERA sempat sedekah dengan mengagihkan makanan Nasi Beriani kepada wartawan dan polis yang bertugas sejak hari Isnin lalu di hadapan pintu Istana.

Mewakili 3 Pagi ERA, Azad & Danial antara yang hadir di Istana Budaya untuk mengagihkan makanan tersebut. Atas pemberian mereka, maklum balas yang positif telah diterima oleh wartawan dan juga netizen. 

Advertisement

 

@utusantvofficial Dia main hentam jer nama nasi beriani 😅😅😅. 📽️ Wan Amsyar Jailani. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #pru15 ♬ original sound - UtusanTV

Mengambil daripada akaun Tiktok Utusan Malaysia, @utusantv, video tersebut telah mendapat hampir 1 juta tontonan dan mendapat maklum balas yang sangat positif. Antaranya, “terima kasih adik Azad,, 🙏 Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan murahkan rezeki adik dan keluarga,, Aamiin Ya Allah Aamiin Ya Mujib,, 😍” , “Alhamdulillah terbaik 👍👍” dan banyak lagi. 

 

Tidak lupa juga video yang dimuat naik oleh ERA di laman Instagram & Tiktok, di mana Azad dan Danial memberi makanan bukan sahaja kepada wartawan, malah kepada Polis yang bertugas di sana. Makanan tersebut turut ditaja oleh CHAK'Z 1964.

ERA Muzik Hit Terkini