
Sumber: Astro Gempak
Advertisement
Satu filem berkisarkan mengenai Azizulhasni Awang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun 2019. Filem biografi ini akan menceritakan disebalik suka duka The Pocket Rocketman hingga beliau menjadi juara dunia pada hari ini.
“Akan ada cerita yang mana saya hampir meninggal dunia apabila dilanggar lori semasa mengayuh basikal di kampung, ada juga cerita pada waktu saya tiada duit untuk bertanding dalam acara lumba basikal, ada juga cerita yang mana saya perlu berkorban demi keluarga.
“Memang banyak kisah suka duka yang akan disampaikan. Cerita sebegini kalau diceritakan semula memang boleh buat saya sebak. Tetapi mesej utama filem ini adalah untuk menceritakan saat suka dan duka saya sehingga saya mampu berdiri teguh menjadi juara dunia pada waktu ini.
“Bukan itu sahaja, filem ini juga akan menerapkan tema perpaduan, semangat kesukanan dan ketabahan. Terlalu banyak nilai yang bakal ditayangkan dalam filem ini yang saya harap akan memberi inspirasi buat anak muda,” katanya ketika ditemui di sidang media Filem Biopik Azizulhasni Awang.
Menurut Azizulhasni lagi, beliau mahu Shaheizy Sam untuk melakonkan wataknya itu.
