Foto: Instagram, YouTube
Penyanyi hip-hop Korea Selatan, Kim Hanbin atau lebih dikenali sebagai B.I, meluahkan rasa teruja selepas menonton video panduan keselamatan Malaysia Airlines (MAS) ketika dalam penerbangan pulang baru-baru ini.
Advertisement
Menurut B.I, video bertajuk “Satu, Dua, Tiga, Jom!” itu sangat menarik kerana disampaikan dalam bentuk muzik video lengkap dengan rap, nyanyian dan tarian, sehingga membuatkannya berhenti membaca untuk menonton hingga selesai.
“Ada peraturan keselamatan di skrin, tapi mereka buat macam muzik video. Lagu sedap, ada rap, nyanyian dan tarian. Sangat menarik, saya tengok sampai habis,” katanya menerusi siaran langsung di media sosial.
🐣: When I came back from Malaysia this time, I took Malaysia Airlines. There was safety rules instruction on screen, but they made it like MV. It was really well-made. The song's good. They rap, sing, dance well. It was interesting. I watched it all#HANBIN #BI #비아이 #김한빈 pic.twitter.com/rX0s7NPGbd
— 👑 시노시작🆔🖍️ (@tttop131kon) September 7, 2025
Kehadiran B.I ke Malaysia pada 1 September lalu adalah untuk acara NIVEA Derma Control Skincare Deodorant x Pickleball Event di Sunway Pyramid bersama selebriti tempatan seperti Shukri Yahaya dan Hannah Delisha.
The full MAS safety video. Wow every single element from music to Malay accent to casts are all highlighting Malaysia 🥹 Directed by Tiara Jacquelina and Co-directed by Yusry KRU 💞 https://t.co/UfwQ9RAUFM pic.twitter.com/ChKD3vxmZd
— Tika🐰 (@atzynchronize) September 8, 2025
Video keselamatan kreatif MAS yang mula ditayangkan sejak Ogos 2022 itu diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacqueline bersama Datuk Yusry Abdul Halim, dengan penulisan lagu oleh Mia Palencia. Klip tersebut turut menampilkan gabungan seni, budaya dan muzik Malaysia, serta penampilan cameo istimewa termasuk Azman Naim, gimnas Olimpik Farah Ann dan pasukan bola sepak Harimau Malaya.
Pendekatan unik ini bukan sahaja mengelakkan penumpang daripada bosan, malah berjaya menyerlahkan identiti Malaysia di pentas antarabangsa.
Sumber: X