Drama Perempuan Tanpa Dosa nyata telah meninggalkan banyak kesan kepada penonton.
Mana tidaknya, drama yang ditayangkan di Astro Ria, lakonan Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin ini menjadi trending setiap kali ia keudara.
Trending no 1 guys ! ❤️😘 #perempuantanpadosa pic.twitter.com/aVyqlJQVEV
— KamalxUqashaFC (@KamalxUqasha) October 22, 2020
Advertisement
Baru-baru ini, tular beberapa foto satu babak memaparkan Uqasha Senrose memakai seluar ketika sedang melahirkan anak, sehingga telah dikritik dan dianggap tidak logik.


Beranak pakai seluar 😀👍🏽#perempuantanpadosa pic.twitter.com/Gp9GzhbCLd
— Bella Hadid (@nabilfikran10) October 26, 2020
Bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan foto yang tular itu bukanlah babak sebenar dalam drama berkenaan, sebaliknya hanya gambar yang diambil sekitar penggambaran.
Michael juga menerangkan bahawa mahu menjaga aurat pelakonya dan tidak sewenang-wenangnya meminta Uqasha membuka seluar dihadapan kru dan pelakon lain.
Pengarah itu juga menganggap foto yang tular sebagai satu jenaka dan mengambil segala kecaman netizen secara positif.
Sumber: Mstar