Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Baby Shima Ada Niat Untuk Berhijab, Tapi ..

Nor Ashima Ramli, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Baby Shima, baru-baru ini muncul dengan imej bertudung dan menarik minat orang ramai yang mengikutinya. Penampilan manis Baby Shima yang berhijab itu mendapat pujian ramai dan ada yang meminta agar penyanyi itu teruskan penampilan sedemikian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Baby Shima DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

Namun, Baby Shima ada menyatakan hasrat untuk berhijab, namun ia perlulah ikhlas dari hati dan memerlukan persediaan mental serta fizikal.

Advertisement

“Tipulah kalau saya cakap tidak pernah berhasrat untuk berhijab. Niat itu memang ada tapi bagi saya biarlah berhijab itu ikhlas dari hati sebagai umat yang memenuhi tuntutan agama. Doakanlah agar saya melangkah ke fasa itu suatu hari nanti.

“Kalau boleh saya mahu berhijab apabila hati, mental dan fizikal betul-betul bersedia. Bila tarikhnya, saya tidak boleh beri jaminan kerana soal hati bukan boleh ditafsir atau dirancang.”, katanya seperti dipetik daripada hangat.com.

baby shima ada niat untuk berhijab, tapi ..

Semoga Baby Shima dipermudakan segala urusan beliau.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini