Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disamakan Seperti Ahli Puteri Islam, Ini Respon Wany Hasrita

Penyanyi, Wany Hasrita dilihat tampil dalam busana yang cukup indah dalam satu majlis anugerah yang diadakan baru-baru ini.

disamakan seperti ahli puteri islam, ini respon wany hasrita

Advertisement

Bagaimanapun, ada kritikan dari segelintir pihak yang menyamakan pakaian Wany saling tak tumpah bagai ahli Persatuan Puteri Islam.

Menurut pereka pakaian dan jurugaya beliau, Abu Shaef Hamza, Wany mahu menjadi Barbie Muslimah pada malam anugerah berkenaan.

disamakan seperti ahli puteri islam, ini respon wany hasrita

Kata Wany, beliau semenangnya sudah bersedia dari segi mental untuk orang bercakap mengenai baju itu.

"Sejujurnya saya sudah bersedia dari segi mental untuk orang bercakap mengenai baju ini. Jadi, saya okay saja.

"Lagi-lagi tudung itu memang sengaja begitu. Kalau lilit leher nampak dan dada orang mengata pula. Jadi, buat saja yang penting kita selesa dan masih menutup apa perlu ditutup.

"Sebenarnya tak ada nak terasa hati langsung apabila orang berkata mengenai baju. Sebab saya memang sedia maklum pemiihan baju kali ini adalah bebeza daripada sebelum ini," kata Wany.

Tambah Wany lagi, kain yang dipakainya juga diperbuat daripada 100 meter kain yang disambung, dan ia cukup indah dipandang hingga mendapat pujian dari rakan artis dan peminatnya di laman sosial.

Sumber: Metro / Instagram Wany Hasrita

ERA Muzik Hit Terkini