Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BAM Umum Skuad Badminton Negara ke Sukan SEA 2025, Barisan Utama Jadi Tumpuan

bam umum skuad badminton negara ke sukan sea 2025, barisan utama jadi tumpuanFoto: Facebook

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan senarai pemain yang akan membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2025 yang dijadual berlangsung di Thailand pada Disember depan.

Advertisement

Barisan skuad lelaki negara dibarisi pemain berpengalaman termasuk Leong Jun Hao, Justin Hoh, Eogene Ewe, Aidil Sholeh Ali Sadikin, beregu utama dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Turut disenaraikan bagi acara berpasukan lelaki ialah Chen Tang Jie dan Ho Pang Ron.

Bagi skuad wanita pula, tanggungjawab menggalas cabaran negara diserahkan kepada K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Muhammad Azmi, Eng Ler Qi, Pearly Tan-M. Thinaah, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, Toh Ee Wei dan Cheng Su Yin.

Penyenaraian kali ini dianggap sedikit luar jangkaan kerana Malaysia sebelum ini sering menghantar skuad pelapis ke temasya dwi-tahunan itu sebagai pendedahan awal kepada pemain muda.

 

 

Bagaimanapun, keputusan BAM dilihat sejajar dengan langkah beberapa negara lain termasuk tuan rumah Thailand yang turut menurunkan barisan terkuat mereka bagi mempertahankan reputasi di gelanggang sendiri.

Desas-desus juga menyebut Indonesia bakal mengambil pendekatan sama dengan menghantar skuad utama ke temasya kali ini.

Langkah itu menjadikan acara badminton di Sukan SEA 2025 antara yang paling dinantikan, dengan pertembungan hebat dijangka antara kuasa besar badminton Asia Tenggara.

Difahamkan, pertandingan badminton akan berlangsung di Gimnasium Universiti Thammasat dan dijangka menarik tumpuan peminat sukan dari seluruh rantau.

Sumber: Facebook

ERA Muzik Hit Terkini