Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tukar Tajuk Je, Band Dari Indonesia Ciplak Lagu Haqiem Rusli?

Komposer, Sir Khan Danial mendedahkan menerusi laman Instagram miliknya mendakwa sebuah band dari Indonesia, Symphony Band telah meniru lagu nyanyian Haqiem Rusli, Tergantung Sepi.

Memetik laporan Astro Awani, komposer itu mendedahkan lagu berkenaan hanya ditukar beberapa lirik dan tajuk kepada “Pergi Saja”, sambil mengekalkan keseluruhan melodi.

Advertisement

Menurut beliau lagi, band berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan membuka laman Youtube pada 7 September lalu.

Haqiem pula hanya memberi emoji tersenyum sambil berkongsi post oleh Sir Khan itu, malam tadi.

tukar tajuk je, band dari indonesia ciplak lagu haqiem rusli?

Lagu yang didakwa ciplak ini dicipta oleh komposer terkenal, Rivi, mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana menderita penyakit berbahaya.

Symphony Band dianggotai oleh lima ahli iaitu Angga Adriansyah (vokal), Jeihan Abdy (bass), Sapta (keyboard), Rivi Andrico (drum) dan Izmi Agung Nugraha (gitar).

Walaubagaimana pun, hasil pemerhatian kami video berkenaan telah diturunkan dari laman Youtube.

ERA Muzik Hit Terkini