Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Band Jepun Nyanyi Lagu ‘Aku Skandal’ Berlatarbelakangkan Merdeka 118, Siap Dapat Komen dari Noh Salleh

band jepun nyanyi lagu ‘aku skandal’ berlatarbelakangkan merdeka 118, siap dapat komen dari noh sallehFoto: Instagram

Trend lagu yang dinyanyikan semula oleh artis lain sudah lama menjadi tarikan dalam dunia muzik global. Ramai peminat suka melihat lagu kesayangan mereka diberi sentuhan baharu dengan gaya persembahan berbeza.

Advertisement

Terbaharu, sebuah kumpulan muzik dari Jepun menjadi tumpuan apabila membawakan lagu Melayu yang sehingga kini masih malar segar.

Menerusi perkongsian di Instagram @bolehboleh_jepun, kumpulan yang dianggotai lima pemuzik itu menyanyikan lagu popular kumpulan Hujan, Aku Skandal.

Persembahan mereka tampil santai tetapi masih mengekalkan jiwa lagu asal, malah sebutan bahasa Melayu mereka turut mendapat pujian kerana jelas dan mudah difahami. Susunan muzik yang digunakan juga diberikan sedikit perubahan bagi menampilkan identiti tersendiri tanpa menjejaskan melodi asal.

Lebih menarik, rakaman video itu dibuat dengan latar belakang bangunan ikonik Merdeka 118.

 

 

Gabungan lokasi tempatan bersama persembahan pemuzik dari Jepun itu menjadikan video tersebut kelihatan unik dan berbeza daripada kebiasaan.

Komen netizen dipenuhi reaksi positif dengan ramai yang menyifatkan persembahan itu sedap didengar dan menghiburkan.

Bahkan, ada juga yang terkejut melihat lagu tempatan mendapat perhatian daripada pemuzik luar negara.

Penyanyi asal lagu berkenaan, Noh Salleh turut dilihat memberikan respon yang baik terhadap persembahan tersebut.

Perkongsian ini sekali lagi membuktikan muzik mampu menembusi batas negara dan bahasa, selain menjadi medium yang menyatukan peminat muzik dari pelbagai latar belakang.

Sumber: Instagram @bolehboleh_jepun

ERA Muzik Hit Terkini