Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Kandung Adele Benci Dengar Lagu Anaknya Sendiri

Bapa kandung kepada penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You, Adele, telah membuat laporan polis atas dakwaan kononnya jirannya telah memasang lagu Adele dengan kuat.

bapa kandung adele benci dengar lagu anaknya sendiri

Advertisement

Mark Evans, 56, telah membuat aduan atas alasan jirannya memasang lagu Adele dengan terlalu kuat hingga ganggu ketenteramannya.

bapa kandung adele benci dengar lagu anaknya sendiri

Jirannya, Keeley Fry dan isteri, telah berpindah di Bridgend, dekat selatan Wales kira-kira dua tahun lalu.

Tidak lama selepas selepas berpindah, Evans memberi amaran kepada gadis itu supaya berhenti memainkan lagu atau menyanyikan lagu milik Adele.

Bagaimanapun, Fry merupakan peminat tegar Adele dan sering memainkan lagu-lagu Adele ketika dirumah.

“Saya peminat tegar Adele dan kawan-kawan memberitahu saya memiliki suara seperti dia.

“Apabila berada di rumah, saya akan memainkan lagu-lagunya tetapi tidaklah sekuat seperti yang dilaporkan Evans,” kata Fry dalam satu kenyataan.

Fry juga terkejut apabila mengetahui bapa Adele itu sebenarnya tidak suka mendengar lagu anaknya sendiri.

Polis yang telah menerima aduan mengesahkan perkara berkenaan dan akan membuat satu rundingan damai bagi menyelesaikan isu terbabit.

Terdahulu, bapa Adele dilaporkan tidak mempunyai hubungan yang baik dengannya selepas meninggalkan Adele dan ibunya ketika Adele berusia dua tahun.

Sumber: The Sun

ERA Muzik Hit Terkini