Aktivis Palestin Dr Tahir Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi tadi di usia 71 tahun.
Menerusi hantaran di laman Instagram, penyampai radio ZAYAN, Anas Tahir yang merupakan anak Allahyarham berkongsi berita pemergian bapanya hari ini.
Advertisement

Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis Aqsa Syarif, sebuah badan NGO memperjuangkan bumi Palestin dan negara Arab yang bergolak.
Penyampai radio ZAYAN, Anas Tahir yang merupakan salah seorang anak Allahyarham berkongsi berita berkenaan kepada pengikutnya di laman Instagram.
Berita tersebut turut dikongsikan penyanyi, Faizal Tahir di laman media sosial miliknya dengan meletakkan sekeping foto hitam.
Solat jenazah Allahyarham Dr. Mohd Tahir Abdul Rahman juga telah selamat diselesaikan dalam kalangan ahli keluarga.
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Salam takziah daripada kami di ERA.