
Bapa Hafidz Roshdi berharap kemelut rumahtangga yang menimpa anaknya dapat diselesaikan dengan cara baik. Bercakap kepada pemberita, Roshdi berkata tindakan mencederakan isteri yang dilakukan oleh anaknya itu diserahkan kepada pihak mahkamah untuk diadili.
Advertisement
"Insya-Allah kita (keluarga) juga akan selesaikan masalah ini (kemelut rumah tangga Hafidz) dengan cara terbaik," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin.
Hafidz dihadapkan di mahkamah hari ini kerana dakwaan mencederakan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu.
Ketika dibacakan pertuduhan, Hafidz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mahkamah juga membenarkan Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4000 serta Hafidz perlu mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.
Kredit: Sinar Harian