Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BCL Mengaku Tak Terfikir Langsung Untuk Berkahwin Lagi

Selepas lebih sepuluh bulan pemergian suami, Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL mengaku tidak terfikir langsung untuk berkahwin lagi.

bcl mengaku tak terfikir langsung untuk berkahwin lagi

Advertisement

BCL ditanya soalan sedemikian oleh penyanyi, Maia Estianty pada satu program di YouTube.

Jawab BCL, “Sampai sekarang? Belum,” sambil menggelengkan kepala selepas diajukan soalan itu.

bcl mengaku tak terfikir langsung untuk berkahwin lagi

Menurut BCL, beliau melalui hari-hari yang sukar selepas pemergian suaminya, dan merasa diri bagaikan robot yang tidak berperasaan.

"Sejak dari hari pertama menjalani terapi memulihkan diri, setiap hari saya menangis. Kemudian, baru rasa diri kembali berfungsi.

"Itupun selepas lima atau enam bulan. Barulah saya berupaya melakukan sesuatu, terutama kembali bekerja.

"Beberapa hari selepas itu, saya sudah kembali menyanyi, kemudian hadir ke Indonesian Idol. Sepuluh hari, saya menyanyi terus dan rasa diri seperti robot sahaja," katanya.

Kini semangatnya sudah kembali pulih dan kesedihan yang dialami juga berkurangan.

Februari lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf Sinclair di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, BCL dan anak lelaki tunggal mereka, Noah Aidan Sinclair, 10 tahun.

Sumber: [1]

ERA Muzik Hit Terkini