Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bekas Kekasih Dedah Ismail Izzani Pernah Curang 6 Kali Semasa Dengannya

bekas kekasih dedah ismail izzani pernah curang 6 kali semasa dengannya

Baru-baru ni viral di Twitter apabila seorang instafamous yang juga bekas kekasih Ismail Izzani mendedahkan yang penyanyi itu pernah curang dengannya sebanyak enam kali semasa mereka menjalinkan hubungan cinta. 

Advertisement

bekas kekasih dedah ismail izzani pernah curang 6 kali semasa dengannya

bekas kekasih dedah ismail izzani pernah curang 6 kali semasa dengannya

Mungkin itulah punca sebenar hubungan mereka putus di tengah jalan. Ramai yang memberi kecaman kepada penyanyi lagu 'Luar Biasa' itu. 

Ismail Izzani akur dengan kesilapannya dan akui tertekan dengan kecaman yang diterima. 

"Saya akur jika terus dikecam, malah terbuka dengan setiap komen yang diberi. Sebagai remaja, mungkin saya tidak bersedia untuk mempunyai hubungan. Tetapi, saya sudah belajar daripada pengalaman itu.

"Saya mohon maaf kerana membuat peminat sedih dan kecewa. Selepas perkara ini menjadi bualan netizen, saya dan Sharifah Rose ada berbincang. Kami juga sudah saling memohon maaf," katanya kepada BH Online.

"Mujur ada ibu yang sentiasa memberi semangat. Memang pada mulanya dia juga marah dengan sikap saya, tetapi saya anggap ia sebagai sebahagian daripada pengalaman hidup.

"Apa yang buruk saya jadikan pengajaran. Buat masa ini, saya mahu meniti alam remaja saya seperti orang lain.

"Saya tidak mahu membiarkan diri hanyut dalam perkara yang saya belum bersedia. Saya akui sukar, terutama sebagai selebriti kerana setiap pergerakan saya akan diperhatikan," katanya.

Sumber: BH Online 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini