Semalam, satu sidang media khas telah diadakan oleh bekas kekasih Naim Daniel bagi menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah.

Advertisement
Menurut Dayana, tuntutan yang dibuatnya bukanlah isu wang ringgit, sebaliknya hanya atas dasar hak semata-mata.
“Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya.
“Tapi kalau contoh dia daftarkan nama saya, secara tak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Royalti tu nombor dua,” katanya.
Turut bersama Dayana adalah peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiar dan ibu, Che Rohaida Che Daud dan pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd. Majid.

Tempoh diberikan selama seminggu untuk Naim Daniel tampil membuat pengakuan.
Dalam pada itu, Naim juga telah meminta mana-mana individu untuk tampil menutut hak cipta bersama lagu Sumpah dengan mengemukakan bukti-bukti kukuh.
Isu hak cipta lagu Sumpah ini dikatakan mula timbul sejak Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan dicipta mereka bersama sekitar tahun 2015 ketika mereka sedang menjalinkan cinta.
Sumber: Gempak / Hlive