Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BEKU Menyatukan Elizabeth Tan Dan Hazama

beku menyatukan elizabeth tan dan hazama

Dua penyanyi popular tanah air, Elizabeth Tan yang mesra disapa Lizzy dan Hazama telah bergabung dalam satu lagu baru bertajuk BEKU.

Advertisement

Lagu BEKU ini merupakan ciptaan John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K. Liriknya pula ditulis oleh Firdaus Rahmat.  Lagu ini menceritakan memori cinta lama yang terus memberi kesan kepada pasangan yang gagal dalam percintaan.

“Bagi saya lagu ini bersifat universal, sebuah pengalaman yang mungkin pernah dirasai setiap daripada kita. Walaupun sudah lama terpisah, kenangan cinta lama masih terpahat dan kadangkala sehingga kini memberi kesan mendalam kepada kita.” Kata Hazama mengulas tentang lagu ini.

Elizabeth Tan pula akui sangat teruja apabila dapat berduet dengan Hazama.

“Jika sebelum ini saya pernah ‘cover’ lagu dia, bila dapat peluang berduet dengan Hazama ianya memberikan saya suatu pengalaman yang berbeza. Menerusi lagu ini, saya baharu menyedari gandingan vokal kami mempunyai keserasian tersendiri.” Cerita Lizzy.

Jadi, jangan terlepas untuk dengarkan lagu BEKU di semua platform muzik kegemaran anda mulai hari ini.

 

 

 

ERA Muzik Hit Terkini